Tuesday, August 15, 2006

Dua hari atau tiga hari ?

Pagi tadi bila semua orang bangun dari tidur, tiba-tiba Meme kata lagi tiga hari nak pergi rombongan. Abe pula kata lagi dua hari. Just the matter of curiosity how they calculated the days, we first asked Abe.
"Betul lah dua hari, esok satu hari dan Khamis satu hari"
And the answer from Meme...
"Tiga hari la, hari ni satu hari, esok satu hari dan Khamis satu hari"
"Hari ni tak payah kira lah", Abe.
"Kenapa pulak, kan belum pegi sekolah lagi", Meme.
So, based on Amir punya logik, hari ini masih dikira selagi dia belum balik dari sekolah. Boleh ke....

"Nanti bila balik siapa nak ambil. Petang bas dah tak ada."
"Abe dan Meme tunggu kat sekolah. Jangan pegi mana-mana. Tunggu Mama sampai."
"Mama kan balik sama Babah, mesti lambat."
"Hari Jumaat Mama balik awal. Mama bawa kereta. Babah balik naik train. Nanti kita fetch Babah."
"Nanti Mama pesan kat cikgu suruh tunggu Abe dan Meme sampai Mama datang."
"Ok."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home