Saturday, October 10, 2009

Menanti Akmal Berjalan...

Rasanya begitu lama blog ni tak dikemaskini. Babah dan Mama asyik sibuk je kebelakangan ni. Akmal pun dah semakin besar. Dah setahun lebih. Baru sihat dari demam. Agaknya letih berjalan. Raya hari tu kami balik Kelate seminggu.

Jumaat, 6 Syawal kami dari Kelate, singgah KL sekejap sebelum pergi ke Kota Tinggi. Tok Ayah dan Tok Ma ikut sekali. Ke rumah Untie Atikah. Meminang bagi pihak Pok Nik. Alhamdulillah! Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada keluarga Untie Atikah kerana menyambut kedatangan kami dengan baik. Terutamanya kepada Untie Raudhah dan Uncle Hafiz yang menumpangkan kami di rumah mereka pada Sabtu, 7 Syawal. Layanan mereka sungguh baik. Tak tahu macamana kami nak balas jasa baik mereka. Semoga Allah merahmati mereka semua. Amin.

Selasa, 10 Syawal Tok Ma dan Tok Ayah balik Kelate.

Rabu, 11 Syawal Akmal demam dan cirit birit.

Sekarang Akmal dah sihat. Dah boleh berdiri. Tak payah pegang kerusi. Cuma belum mahu melangkah...

Nenek kata Akmal demam sebab nak berjalan kot!

Apa pun, semua orang tak sabar menunggu langkah pertama Muhammad Akmal Haziq...



Sunday, March 08, 2009

Lagu 1,2,3,4

Lagu ni disukai oleh Aiman dan Amir...

8th March - Happy Birthday Aishah

8th March 2009 - Aishah's 4th birthday. Happy Birthday to Aishah from all of us...

Friday, March 06, 2009

5th March - Happy Birthday Mama


The red roses for Super Mama... Sponsored by Babah.

The must have item on every birthdays - sponsored by Mama's friends

To Mama : We wish you Happy Birthday, We Love You Very Much
From : Your Heroes and Angels

Sunday, January 04, 2009

Hari Hujan dan Breakfast Roti Panas


Sabtu, 3 Januari 2009 - Hujan sepanjang malam tadi. Batu Caves diselimuti kabus. Terima berita dari Kelantan, banjir berulang lagi...

Babah : Pagi ni nak breakfast apa?
Mama : Kalau Babah rajin, dalam kabinet dapur ada tepung roti. Buat la roti macam Mak Teh buat masa kat Kelate ari tu.
Babah : Mak Teh tu professional, tapi tak pe, kita cuba buat...

Dalam kabinet jumpa tepung roti dan mauripan. Buka peti ais, nasib baik ada telur dan majerin.
Tepung 500g. Mauripan 11g. Telur sebiji. Majerin 60g. Air 200ml. Itulah bahan-bahan untuk buat roti seperti yang tertulis di plastik tepung roti. Adun semua sekali dan uli hingga masak. Biarkan 10-15 minit. Bentukkan ikut suka dan biarkan naik sekali ganda... Lepas tu masukkan ke dalam oven 180C dan biarkan selama 10 minit.
Dan inilah rotinya... fresh from oven, kena dengan kopi O panas pada pagi hari yang hujan...


Sunday, December 28, 2008

AK6325 Dan Berakhirnya Cuti Abe dan Meme di Rumah Tok Ma

Flights Details
Flight AK6325 Economy
Departing Kota Bharu (KBR) Sultan Ismail Petra Airport, Sat 27 Dec 2008, 1500hrs
Arriving Kuala Lumpur (KUL) Kuala Lumpur LCC Terminal, Sat 27 Dec 2008, 1555hrs

Berakhirlah cuti Abe dan Meme selama tiga minggu di rumah Tok Ma bermula dari dua hari sebelum Hari Raya Haji sempena majlis kenduri kahwin Pak Andak...

Pak Andak dan Mak Andak

Sunday, November 23, 2008

KL - Taiping - Kuala Kangsar - Ipoh - KL

Hari Sabtu 22 November 2008. Destinasi kami sekelurga ialah Taiping. Tujuannya ialah untuk menghadiri kenduri kahwin kawan Babah. Puan Rosyati Ibrahim dan pasangannya En. Zainal Abidin. Bertolak dari rumah pukul 9 pagi. Isi minyak kereta RM60.00. Berhenti dua kali di sepanjang lebuhraya. Sekali di R&R Rawang. Keluar Tol Ipoh kena bayar RM24.90. Sekali lagi berhenti di R&R Sungai Perak. Keluar Tol Changkat Jering, kena bayar lagi RM6.40. Sampai rumah pengantin lebih kurang pukul 1.00 pm. Elok tengah makan, rombongan pengantin lelaki sampai. Bertolak dari rumah pengantin lebih kurang pukul dua. Menghala ke Kuala Kangsar. Babah kata dia pernah berkayak di Sungai Perak dari Kuala Kangsar ke Kampung Gajah. Pusing-pusing Kuala Kangsar, sempat bergambar di hadapan Masjid Ubudiah Bukit Chandan.
Dari Kuala Kuala Kangsar kami meneruskan perjalanan ke Ipoh. Pusing -pusing sekitar Ipoh mencari stesen Petronas. Tambah minyak RM50.00. Teruskan perjalanan balik KL. Semasa menghampiri Tapah, Pok Nik telefon nak datang rumah. Nak hantar Sony PSP Aiman dan Amir. Babah minta Pok Nik tolong betulkan sebab ada problem sikit. Sampai rumah pukul 6.30 petang. Berkejar menunaikan solah Zuhur dan Asar. Jamak Taakhir!

Malamnya, pukul 10.00 semua dah tidur termasuk Babah. Pok Nik datang pada 23 November bersama dengan Sony PSP...