Monday, January 11, 2010

Selamat Jalan Kak Resa...

Semalam, 10 Januari 2010, kami sekeluarga telah ke LCCT Sepang untuk menghantar Kak Resa pulang ke Bandung. Ini kali terakhir kami menghantar beliau pulang. Sebenarnya Mama dan Babah banyak kali memujuk Kak Resa supaya menagguhkan kepulangan beliau. Minta tangguh sehingga Akmal berusia dua tahun. Namun apakan daya, Kak Resa tetap juga mahu pulang. Mungkin rindunya pada kampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Sepanjang enam tahun bersama kami, hanya dua kali beliau pulang bercuti. Bukan kami tidak membenarkan beliau pulang. Cuma beliau sendiri yang agak keberatan untuk pulang. Malah setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal, Mama selalu bertanya kalau-kalau Kak Resa hendak pulang ke Bandung.
Dan jawapannya, "Tak apalah Bu. Resa ingat mahu raya di sini saja"
Oh lupa pulak, kami tidak memanggil beliau dengan panggilan Bibik. Kami memanggil beliau dengan panggilan Kak Resa. Bahkan, semua saudara mara pun memanggil beliau dengan panggilan yang sama.
Enam tahun bersama kami, Kakak Iman yang paling terasa kehilangan Kak Resa. Maklumlah semasa Kak Resa datang enam tahun lepas, Kakak Iman baru berusia 40 hari. Hari ini, Kak Iman dah pun masuk darjah satu....
Enam tahun bersama kami, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Babah dan Mama selalu berkata, lebih kurang tu terima aje lah. Janji dia jaga anak-anak kita dengan baik.
Enam tahun bersama kami, kami seharusnya berterima kasih kepada anak-anak Kak Resa kerana meminjamkan ibu mereka untuk menjadi pembantu kami...
Enam tahun bersama kami, kami seharusnya berterima kasih kepada suami Kak Resa kerana mengizinkan isteri beliau untuk menjadi pembantu kami...
Enam tahun bersama kami, kami seharusnya berterima kasih kepada pemerintah Indonesia kerana membenarkan rakyatnya merantau ke Malaysia mencari rejeki (Part ni sebenarnya Babah yang tambah)
Dan setelah enam tahun bersama kami, pagi Ahad, 10 Januari 2010 pukul 9.40 pagi dari LCCT Sepang ke Bandung, kami malambai Kak Resa buat kali terakhir sebelum beliau melangkah memasuki Ruang Berlepas Antarabangsa untuk menaiki pesawat AirAsia.
Dan semoga enam tahun bersama kami, beliau perolehi apa yang diimpikan sebelum memberanikan diri meninggalkan kampung halaman merantau ke Malaysia....

Akmal Dah Boleh Jalan !!!

Alhamdulillah! Selepas semua orang tak sabar-sabar menanti Akmal berjalan, beliau telah memulakan kangkah pertamanya seminggu sebelum majlis perkahwinan Mak Tam.