Abe Dengan Rasminya Masuk Darjah Satu
3 Januari 2007, pagi-pagi lagi Abe dah bersiap sedia dengan baju melayu putih dan bersamping hijau. Pagi ini Abe kena pergi sekolah agama dulu. Petang nanti baru pergi sekolah kebangsaan. Sekolah agama bermula dari 7.30 hingga 10.30 pagi. Sekolah kebangsaan pula bermula dari pukul 1 - 6.30 petang. Hari ni Abe ke sekolah agama dan sekolah kebangsaan dengan menaiki bas sekolah. Letih juga sebab habis sekolah agama pukul 10.30 pagi, naik bas dan sampai rumah lebih kurang pukul 11.00 pagi. Lepas tu dah kena bersiap untuk ke sekolah kebangsaan pula. Bas akan datang balik ambil Abe pukul 12.00 tengah hari. Bila Abe dah naik bas, Babah dan Mama pun naik kereta dan tunggu Abe dekat sekolah. Seronok juga tengok macam-macam gelagat anak-anak. Tak sangka, masih ada anak yang menangis bila emak atau ayah hilang dari pandangan. Dan paling tak sangka, harga makanan di kantin mahal. Memang mahal !!! Empat biji fishball yang kecik-kecik tu harganya seringgit. Kalau di pasar malam, fishball lagi besar dari tu tiga seringgit. Lagi satu, cucur udang kecik aje, dua seringgit. Kalau kat pasar malam tiga seringgit. Tu pun besar lagi. Nampaknya untung besar tauke kantin tu.... Ni nak kena komplen kat PIBG nampaknya. Lagi satu yang memang tak sangka betul, ni betul-betul tak sangka. Masa anak-anak sibuk berebut nak beli kuih masa rehat pukul 3 petang, ramai emak dan emak dan emak budak yang sibuk tengok telenovela Indonesia - Bawang Putih Bawang Merah di kantin yang sama.....
Semua orang bangun awal sebab nak bagi sokongan moral kepada Abe ...Kat atas tu logo sekolah agama Abe dan Abe semasa dalam kelas...
Lupa pulak nak tulis, hari ini sebenarnya bukan Abe je yang jadi anak murid, Babah pun sama. Tadi masa Babah sampai rumah pukul 9.30 malam lepas habis kelas, Abe dah lama tidur. Kesian Abe, letih agaknya...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home