Monday, February 12, 2007

Ramainya Orang Kat Rumah Kita...

Sabtu, 10 Februari 2007 - Meme masih lagi demam. Sebelah paginya Babah dan Mama bawa Meme ke Pusat PerubatanKampung Bharu. Dr Khairul 'off duty'. Pakar kanak-kanak yang ada cuma Dr Noor Aziah sahaja. Lama juga kami tunggu di situ. Pukul 11.00 pagi baru siap semuanya. Sebenarnya Meme dah seminggu demam. Kejap ok kejap demam balik.
Pagi sebelum pergi ke hospital, Mak Chik ada called Babah. Katanya nak datang rumah selepas pergi lihat Pameran Tamadun Islam di KLCC. Lebih kurang pukul 2.30 Babah pergi ambil Mak Chik dan dua orang kawan-kawannya di Terminal Putra, Gombak. Bila sampai rumah, tak lama lepas tu Pok Nik pun tiba dari UIA. Pukul 6 petang, Mak Tam sampai di Greenwood dengan menaiki bas ekspress dari Kota Bharu. Mak Tam balik bercuti seminggu. Tolong Tok Ma jaga Mok Wo sebab Mok Wo kena stroke. Pak Nik yang pergi ambil Mak Tam di Greenwood. Kemudian, dekat Maghrib, Pak Andak pun sampai. Pak Andak sekarang ni kerja di Bandar Sunway. Dulu kerja di Batu Pahat. Masa Johor banjir teruk, Pak Andak terperangkap di Batu Pahat. Kerja macam Pak Andak ni, tak tetap di satu-satu tempat. Nanti lagi dua bulan, kena kerja di Kemaman pula...
Hari ni kita makan nasi ayam... Mama masak special untuk semua tetamu yang datang... Best!!!
Thank you very much Mama!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home