Demam... Demam... dan Demam - Musim agaknya!
Agaknya sekarang ni musim demam. Masa pergi klinik untuk dapatkan ubat Mama, ramainya orang demam. Bagi keluarga kami, ianya bermula dengan Mama. Mama demam, batuk-batuk dan selesema. Bermula dari sehari sebelum Chinese New Year. Kesian Mama. Teruk dia kena kali ni. Hampir seminggu juga. Lepas tu Kakak pula yang kena. Demam dan batuk juga. Walaupun batuk-batuk, Kakak masih nak pergi tadika. Nasib baik demam dan batuk Kakak tak lama. Lepas Kakak dah baik, Aishah pula yang demam. Aishah tak batuk tetapi selesema. Semalam Babah dan Mama pula tak sihat. Dua-duanya keracunan makanan (food poisoning). Alhamdulillah Abe, Meme, Kakak dan Aishah tak kena. Kalau tak rumah kami boleh dipanggil rumah sakit!!! Mama taklah teruk sangat kalau nak bandingkan dengan Babah. Masa dekat klinik, doktor explained macamana keracunan cuma kena pada orang-orang tertentu sahaja walaupun makan dari bekas yang sama. Rupa-rupanya, walaupun satu bekas, tak semua tempat dijangkiti kuman semasa makanan itu diambil. Contohnya, mungkin bahagian tengah sahaja atau bahagian tepi sahaja yang dijangkiti kuman. Makanan itu akan dijangkiti kuman sepenuhnya dalam masa tertentu. Mungkin nasib Babah dan Mama kurang baik, terambil bahagian yang telah terdedah kepada kuman!
Pagi tadi ingat semua dah ok. Rupa-rupanya tidak. Abe pulak yang demam. Pagi-pagi hari Babah dan Mama paksa Abe makan ubat demam. Nampaknya hari ni Abe terpaksa cuti satu hari!
Sekarang cuma tinggal sorang saja lagi... Ni kena jaga-jaga ni. Hero seorang ni memang susah nak makan ubat...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home