Sunday, April 13, 2008

Happy Birthday Mohd Irfan Najmi

Semalam kami semua pergi ke rumah Atuk dan Nenek. Semua orang ada di sana kecuali keluarga Pak Ngah. Pak Ngah berada di Port Dicksons kerana ada 'family day'. Sempena dengan birthday Irfan yang ke-2, Nenek dan Auntie Inn masak mee kari dan soto. Babah Irfan beli sate. Mama Irfan beli kek. Kami sekeluarga hadiahkan Irfan sebuah basikal kecil. Kebetulan pula, Atuk dan Nenek pun hadiahkan sebuah basikal kecil juga. Sekarang Irfan mempunyai dua buah basikal.... Sebenranya ini bukan kali pertama hadiah yang kami beli sama dengan hadiah yang Atuk beli. Dulu masa birthday Hakimi pun sama. Kami beli helikopter mainan. Bila sampai rumah Hakimi, tengok-tengok hadiah Atuk pun helikopter mainan juga!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home