KL - Taiping - Kuala Kangsar - Ipoh - KL
Hari Sabtu 22 November 2008. Destinasi kami sekelurga ialah Taiping. Tujuannya ialah untuk menghadiri kenduri kahwin kawan Babah. Puan Rosyati Ibrahim dan pasangannya En. Zainal Abidin. Bertolak dari rumah pukul 9 pagi. Isi minyak kereta RM60.00. Berhenti dua kali di sepanjang lebuhraya. Sekali di R&R Rawang. Keluar Tol Ipoh kena bayar RM24.90. Sekali lagi berhenti di R&R Sungai Perak. Keluar Tol Changkat Jering, kena bayar lagi RM6.40. Sampai rumah pengantin lebih kurang pukul 1.00 pm. Elok tengah makan, rombongan pengantin lelaki sampai. Bertolak dari rumah pengantin lebih kurang pukul dua. Menghala ke Kuala Kangsar. Babah kata dia pernah berkayak di Sungai Perak dari Kuala Kangsar ke Kampung Gajah. Pusing-pusing Kuala Kangsar, sempat bergambar di hadapan Masjid Ubudiah Bukit Chandan.
Dari Kuala Kuala Kangsar kami meneruskan perjalanan ke Ipoh. Pusing -pusing sekitar Ipoh mencari stesen Petronas. Tambah minyak RM50.00. Teruskan perjalanan balik KL. Semasa menghampiri Tapah, Pok Nik telefon nak datang rumah. Nak hantar Sony PSP Aiman dan Amir. Babah minta Pok Nik tolong betulkan sebab ada problem sikit. Sampai rumah pukul 6.30 petang. Berkejar menunaikan solah Asar.
Malamnya, pukul 10.00 semua dah tidur termasuk Babah. Pok Nik datang pada 23 November bersama dengan Sony PSP...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home