Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul @ Tadika Rahmah

Mengambil sempena kelahiran Manusia Agung Muhammad binAbdullah, Tadika Rahmah telah menjemput semua ibu bapa dan pelajar untuk sama-sama berkumpul dan menjayakan majlis Maulidur Rasul pada 13 Rabiul Awal 1431H bersamaan dengan 27 Februari 2010. Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.
Ini adalah penceramah jemputan. Anak-anak pasti mengenali beliau. Ustaz Zamri (panggilan manja) selalu keluar TV9 dalam rancangan Mari Mengaji. Pendekatan yang diambil beliau amat menarik dalam menyampaikan kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W kepada anak-anak Tadika Rahmah.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home