Raya dan Jalan jem...

30 Ramadhan/23 Oktober, hari terakhir berpuasa. Seronoknya sebab semua adik beradik Babah, 12 orang semuanya balik beraya rumah Tok Ayah. Babah lagi lah seronok sebab Abe berjaya berpuasa selama 30 hari !!!. Jadi sebelum buka puasa semua orang salam dengan Abe dan ucap tahniah. Lepas tarawikh Babah ada reunion geng-geng sekolah dulu-dulu.
1 Syawal/24 Oktober, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kami menyambut raya di Pengkalan Chepa dalam keadaan hujan gerimis. Alhamdulillah. Tahun ni giliran Pok Nik yang baca khutbah raya.
3 Syawal, Meme demam. Panas jugak lah badan dia. Nasib baik ada klinik yang buka. (Most of the clinics here will only resume operations on Saturday, 28 October). Dan seperti biasa, Mama dan Babah kena paksa Meme makan ubat!!!
4 Syawal, Alhamdulillah ! Meme dah sihat sikit. Cuma kena minum air banyak-banyak.
Sabtu, 5 Syawal kami semua berangkat balik ke Batu Caves lebih kurang pukul 12 tengah hari. Mak Chik ikut sama. Jalan jem dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Agaknya semua orang bertolak balik KL hari ni. Sampai Batu Caves pukul 11 malam.
Ahad, 6 Syawal pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Nilai. Hantar Mak Chik balik ke KUIM. Babah takut kalau lambat nanti jalan jem. Balik dari KUIM memang jem sikit dekat tol Sungai Besi. Nasib baik ada Touch'n'Go.
Isnin 7 Syawal, Arrgh... kenapa kena pergi keje pulak hari ni. Kan best kalau dapat sambung cuti - Babah.