Sunday, March 09, 2008

Selamat Hari Lahir - Nur Amira Aishah




Semalam - 8 March 2008 adalah hari ulangtahun kelahiran Nur Amira Aishah. Sekarang dia dah tiga tahun. Kebetulan pula semalam juga adalah hari Pilihanraya Umum ke12 diadakan. Memandangkan Babah agak 'busy' dengan aktiviti pilihanrayanya, kami cuma beli kek untuk Aishah. Makan-makan akan diadakan kemudian.




Thursday, March 06, 2008

Selamat Hari Lahir Mama!

Selamat Hari Lahir Mama !
Semalam - 5 Mac 2008 adalah hari ulangtahun Mama yang ke berapa ye?
Babah telah belanja semua orang makan di kedai tomyam kegemaran Abe dan Meme - Sri Niara Tomyam. Kalau makan di sini, kegemaran Babah ialah Lin Chi Kang. Kegemaran Meme pula ialah Tomyam Campur. Apa pula kegemaran Abe? Boleh dikatakan semuanya Abe suka.

Sup ekor. Hanya Babah dan Abe yang makan. Orang lain tengok je!


Tomyam Campur kegemaran Meme. Sedap dan pedas. Jadi kepada sesiapa yang tak tahan pedas boleh maklumkan kepada tukang ambil order suruh kurangkan cili.

Kailan ikan masin. Mama suka makan ni. Kalau pergi kedai tomyam, salah satu menu yang mesti di pesan.

Lin Chi Kang. Nampak je banyak. Kalau Babah dapat makan separuh dah kira baik. Biasanya adalah yang nak cuba rasa. Mula-mula nak rasa tapi tinggal separuh je...

Sebenarnya banyak lagi lauk yang kami makan semalam. Cuma tak sempat nak ambil gambar.

Entah kenapa bila nak sambut hari lahir mesti ada kek. Tidak kira apa jenis dan jenama kek. Syarat sah nak sambut ulangtahun kelahiran, kek mesti ada. Kek di atas adalah sumbangan rakan-rakan sekerja Mama untuk kami semua. Best!