Orang Malaysia memang best. Cuti je sekolah, mesti sibuk buat kenduri kahwin. Jadual kenduri sempena cuti sekolah....
1. Sepupu Babah di Paka - Majlis Kenduri Kahwin, Sabtu 24hb Mei 2008 (pihak perempuan) dan 31hb Mei 2008 (pihak lelaki di Subang Jaya)
2. Sedara Tok Ayah di Kuala Besut - Majlis Kenduri Kahwin, Ahad 25hb Mei 2008 (pihak perempuan) dan 31hb Mei 2008 (pihak lelaki di KL)
3. Majlis akad nikah sepupu Babah - 29hb Mei 2008 di Jelawat, Bachok. Kenduri belah pihak lelaki 2hb June 2008.
Hari Sabtu 24hb Mei 2008, pagi-pagi lagi kami sudah bertolak dari rumah menghala ke Paka, Terenggganu. Nasib baik jalan tidak sesibuk biasa dan cuaca pula memang sesuai untuk satu perjalan jauh. Syukur Alhamdulillah. Kami selamat sampai ke tempat kenduri pada pukul 12.00 tengah hari. Majlis baru saja bermula. Lebih kurang pukul tiga petang kami memulakan pula perjalanan dari Paka ke Pengkalan Chepa. Berlaku kesesakan teruk di Marang kerana kerja-kerja menaik taraf jalan. Sampai ke rumah Tok Ma lebih kurang pukul 9.00 malam. Malamnya, kami semua tidur dengan nyenyak sekali kerana keletihan setelah satu perjalan yang panjang. Dari Gombak - Kerteh - Paka - Kuala Trengganu - Pengkalan Chepa. Apa pun, ia hanyalah separuh dari perjalanan sempena dengan cuti-cuti Malaysia kali ini. Esok, Sabtu 31hb Mei 2008, insyaAllah, kami akan memulakan sebahagian lagi perjalanan ini untuk balik ke Gombak. Kami akan melalui jalan lain iaitu Pengkalan Chepa - Kuala Krai - Gua Musang - Kuala Lipis - Raub - Bentong - Gombak. Jarak perjalanan adalah lebih dekat berbanding melalui jalan Pengkalan Chepa - Kuala Trengganu - Gombak. Nampaknya, sempena dengan kenaikan harga minyak yang akan diumumkan oleh Kerajaan BN tidak lama lagi, kami mungkin terpaksa beralih kepada AirAsia atau MAS Firefly jika sesekali ingin balik ke Pengkalan Chepa!!! Itupun terpaksa tengok budget Babah dan Mama memandangkan kami bakal mendapat seorang lagi ahli keluarga baru...